SIAPAKAH YANG AKAN MENANG

Siapakah yang akan meneraju Malaysia selepas ini. Blog ini mengumpulkan berita-berita mengenai PRU-13 yang akan datang. Bersama-samalah kita membuat pilihan yang bijak untuk masa depan negara kita yang tercina

KEADILANDAILY: Himpunan Bersih 2.0: Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berikutan ucapannya yang menyentuh kepentingan Himpunan Bersih 2.0 di Brickfield minggu lalu.

UTUSAN: Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam

KUALA LUMPUR 26 Jun – Tindakan golongan kiri yang sengaja mencabar dan mengelirukan persepsi rakyat terhadap institusi raja-raja dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak wajar dibiarkan berlaku, apatah lagi memberi persepsi amalan raja

BHARIAN: Ambiga Degil

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan haram yang dirancang diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini berdegil untuk meneruskan perhimpunan walaupun Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda UMNO bersedia membatalkan perhimpunan masing-masing jika kumpulan pengacau terbabit bersetuju tidak meneruskan hasrat itu.

KEADILANDAILY: RM49 juta biayai kediaman Najib, Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak, barang dan kos sara hidup, kerajaan pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Showing posts with label KEADILANDAILY: Himpunan Bersih 2.0: Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi. Show all posts
Showing posts with label KEADILANDAILY: Himpunan Bersih 2.0: Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi. Show all posts

Monday, 27 June 2011

KEADILANDAILY: Himpunan Bersih 2.0: Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi


KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini berikutan ucapannya yang menyentuh kepentingan Himpunan Bersih 2.0 di Brickfield minggu lalu.
“Notis 111 itu juga ada menyebut siasatan dibuat di bawah Akta Polis dan Akta Hasutan,” kata kenyataan dari ibu pejabat parti kepada Keadilan Daily.







Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang akan ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 5 petang.
Mengikut paparan twitter, turut dipanggil memberi keterangan ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan N Surendran, Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Lawyer For Liberty (LFL),  Fadiah Nadwa Fikri .
Petang semalam, polis menyiasat dan mengambil keterangan daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipercayai berhubung puisi ‘Unggun Bersih’ pada majlis pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.
Siasatan terhadap Pak Samad itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis.
Turut dipanggil polis ialah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasa

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites