Monday 27 June 2011

HARIAN: PERKASA sedia batal perhimpunan

27/06/2011

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersedia membatalkan rancangannya mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini sekiranya penganjur perhimpunan haram turut melakukan perkara sama pada hari berkenaan. 

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata PERKASA tidak akan menghalang anggotanya mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan jika perhimpunan haram itu tetap diadakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada polis mengenai perhimpunan PERKASA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, tengah hari tadi.
Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada 12 tengah hari bersama beberapa anggota PERKASA dan memberi keterangan kepada polis selama kira-kira dua jam. 

Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA mahu mengadakan perhimpunan itu bagi menunjukkan bahawa orang ramai tidak menyokong perhimpunan haram itu. 

Beliau turut turut menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang akan mengambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu. - BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites