Monday, 27 June 2011

Wanita BN bantah perhimpunan haram 9 Julai

KUALA LUMPUR 23 Jun - Wanita Barisan Nasional (BN) membantah perhimpunan haram yang dirancang 9 Julai ini dan menggesa pihak penganjur supaya membatalkannya demi kepentingan dan keselamatan rakyat.
Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sekiranya kumpulan itu ikhlas dan tidak mempunyai agenda politik atau motif yang lain, mereka sepatutnya menerima pelawaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk berdialog dan berbincang tentang isu-isu yang berbangkit.
"Kami mewakili kaum ibu amat bimbang... tanpa permit, perhimpunan 9 Julai ini adalah satu perhimpunan haram yang melanggar undang-undang negara dan besar kemungkinan ia boleh mengundang keganasan di mana keselamatan semua yang hadir termasuk orang awam, akan tergugat.
"Jangan mengundang bahaya untuk rakyat Malaysia, pintu dan ruang rundingan terbuka luas untuk mereka berbincang secara berhemah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia
Putra di sini hari ini. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites