Monday, 27 June 2011

UTUSAN: Bersih perbodohkan rakyat

BUTTERWORTH 27 Jun - Pemimpin pakatan pembangkang ditempelak kerana cuba memperbodohkan rakyat dengan berselindung di sebalik perhimpunan haram 9 Julai ini walaupun menyedari bahawa proses demokrasi di negara ini cukup adil sehingga mereka mampu menguasai empat negeri.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tanpa pilihan raya yang adil, pakatan pembangkang tidak akan mampu mengekalkan kuasa dua dekad di Kelantan selain merampas Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum lalu.




"Sehubungan itu perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah muslihat pakatan pembangkang untuk mengaburi pemikiran rakyat,'' katanya.
''Jika benar kita (BN) mahu manipulasi pilihan raya dengan cara yang tidak adil seperti digembar-gemburkan, pembangkang tidak akan mampu bertapak di Pulau Pinang atau negeri-negeri yang dikuasai mereka sekarang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites