Monday 27 June 2011

Presiden Pas bersikap dwi-standard

KUALA LUMPUR 27 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bersikap dwi-standard dalam membicarakan tentang hukum Islam apabila berhadapan dengan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih).
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, dalam isu berkaitan ketua pembangkang itu, Abdul Hadi berpendirian bahawa tuduhan terhadap Anwar hanya boleh diputuskan melalui hukum Islam.
Bagaimanapun jelasnya, Abdul Hadi bersikap sebaliknya dengan bertindak 'menghalalkan' perhimpunan haram Bersih.
"Saya tidak terkejut apabila Presiden Pas itu mengeluarkan kenyataan bahawa kaedah atau hukum Islam sahaja yang dapat memutuskan isu moral Anwar.
"Namun, saya beranggapan bahawa Abdul Hadi tidak ikhlas membicarakan kaedah Islam kerana dalam masa yang sama beliau 'menghalalkan' perhimpunan haram Bersih,'' katanya menerusi entri bertajuk Komunis, sikap double-standard dan kebodohan Haji Hadi di blognya,http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
"Mengapa beliau dalam isu Anwar mahu kaedah Islam diguna pakai tetapi sewaktu berdepan dengan 'kegilaan' Bersih yang keras kepala untuk mengadakan perhimpunan haram, Abdul Hadi tidak pula menasihati mereka supaya kembali kepada ajaran Islam,'' katanya.
Beliau berkata demikian menerusi entri bertajuk 'Komunis, sikap 'double-standard' dan kebodohan Haji Hadi' di blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Ujar Syed Ali, Islam tidak pernah mengajar umatnya bertindak di luar batas peraturan dan pertimbangan sehingga boleh menimbulkan kekacauan atau kebimbangan dalam masyarakat.
Dalam pada itu, beliau mencabar Abdul Hadi supaya menasihati penyokongnya supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites